June 22, 2012

Pengenalan



Apa itu MySoalan?
MySoalan adalah satu platform dimana para guru dapat memuatturun soalan yang telah disumbang atau dijual oleh guru lain. MySoalan juga menyediakan soalan-soalan percubaan dari Jabatan Pelajaran Negeri, SBP dan juga dari MRSM.

Siapa yang boleh menyumbang/menjual soalan?
Semua guru boleh menyumbang/menjual soalan yang mereka cipta sendiri kepada kami. Anda hanya perlu mendaftar dan hantar soalan tersebut mengikut format dan syarat yang telah ditetapkan.

Bagaimana untuk menyediakan kertas soalan peperiksaan?
Anda boleh memilih soalan-soalan yang sesuai dari MySoalan. Soalan-soalan tersebut kemudiannya boleh disusun secara online di laman web kami. Anda boleh menentukan markah bagi setiap soalan, menukar susunan pilihan jawapan ataupun menyediakan ruangan jawapan yang secukupnya.
Anda juga boleh mencipta muka hadapan kertas soalan tersebut mengikut format sekolah masing-masing beserta logo sekolah.

Adakah guru boleh menambah soalan sendiri?
Ya. Jika anda tidak ingin menggunakan soalan dari laman web kami sepenuhnya, anda juga boleh mencipta soalan anda sendiri dan boleh menggunakan data yang terdapat di laman web kami seperti gambarajah, rumus dan banyak lagi.
Soalan yang telah anda gubal itu juga boleh disumbangkan atau dijual di MySoalan. Anda cuma perlu menyediakan soalan tersebut mengikut format yang telah kami tetapkan.

Adakah perkhidmatan ini percuma?
Tidak sepenuhnya. Soalan yang telah disumbangkan boleh dimuatturun secara percuma manakala soalan yang dijual oleh guru lain perlu dibeli sebelum anda boleh memuatturun soalan tersebut.
Kami hanya mengenakan caj minimum bagi perkhidmatan menyusun soalan perkhidmatan lain yang kami tawarkan.
Bagi soalan percubaan dari JPN, SBP dan MRSM, kami menjangkakan ianya boleh dimuatturun secara percuma. Tetapi kami masih menunggu kebenaran dari pihak terbabit.

Adakah skema jawapan disediakan?
Ya. Skema jawapan disediakan dan akan disertakan secara automatik apabila anda memuatturun soalan. Akan tetapi, tidak semua soalan yang terdapat di MySoalan mempunyai skema jawapannya sendiri terutama soalan-soalan percuma.
Anda dikehendaki menyemak dahulu skema jawapan sebelum membeli soalan.

Adakah saya sudah boleh menggunakan perkhidmatan MySoalan?
MySoalan masih dalam proses pembinaan. Akan tetapi, anda boleh mengikuti perkembangan kami dengan memberi alamat emel anda di bawah ini. Kami akan memaklumkan kepada anda perkembangan MySoalan.



Anda ingin bertanya soalan lain? Tuliskan soalan anda diruangan komen di bawah. Terima kasih. 

Langganan


Jika anda ingin mengikuti perkembangan projek kami, sila beri alamat emel anda di bawah. Maklumat peribadi anda hanya untuk kegunaan pihak MySoalan sahaja.


Kaji Selidik